Tuesday 23 August 2016

Sabah MPOB Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITE)




PENDAHULUAN

Industri sawit telah dikenal pasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang boleh meningkatkan pendapatan negara menjelang tahun 2020. Kerajaan sedang berusaha untuk memperkukuhkan lagi industri sawit negara dalam sektor pekebun kecil. Selaras dengan itu, kerajaan menerusi MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan
pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum.


OBJEKTIF

  • Mengoptimumkan penggunaan tanah dan memanfaatkan sumber semula jadi yang terdapat di ladang sawit untuk pemeliharaan ternakan.
  • Menjana sumber pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit persendirian.
  • Melahirkan usahawan tani di kalangan pekebun kecil sawit persendirian.



SKOP BANTUAN

  • Penyediaan induk ternakan jantan dan betina.
  • Penyediaan input-input lain mengikut kesesuaian.
  • Penyediaan latihan berkaitan pelaksanaan projek integrasi ternakan.
  • Penyediaan lawatan khidmat nasihat dan penyeliaan projek.



SYARAT PERMOHONAN


  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
  • Pemohon adalah pekebun kecil sawit persendirian.
  • Pemohon mestilah bekerja sepenuh masa di kebun sawit masing-masing.
  • Jumlah pemilikan tanah pemohon secara agregat tidak melebihi 7 ha.
  • Luas minimum kawasan adalah 1 ha untuk bantuan kambing dan 2 ha bagi bantuan lembu.
  • Komited untuk melaksanakan projek dengan bersungguh-sungguh hingga berjaya.
  • Punca pendapatan utama adalah daripada kebun sawit.
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah mengikut undang-undang dan peraturan pihak berkuasa tanah negeri masing-masing.
  • Mempunyai kebun sawit yang sesuai dan selamat untuk menjalankan integrasi ternakan.



SYARAT PELAKSANAAN

  • Pemohon mestilah menandatangani perjanjian dengan MPOB.
  • Pemohon hendaklah menyediakan kemudahan asas iaitu kandang, pagar dan bekalan air bersih.
  • Pemohon perlu menyediakan sumber makanan ternakan yang mencukupi.
  • Pemohon mestilah melaksanakan Amalan Penternakan Baik mengikut Prosedur Operasi Standard MPOB.
  • Sekiranya maklumat yang dinyatakan oleh pemohon dalam mana-mana peringkat pelaksanaan skim ini didapati tidak benar atau memberikan apa-apa dokumen palsu, maka permohonan atau penyertaan dalam skim ini akan ditolak atau kelulusan ditarik balik.
  • MPOB berhak meminda, menambah atau membatalkan mana-mana syarat di atas pada bila-bila masa tanpa perlu memaklumkan atau mendapatkan pengesahan daripada pemohon.





KAEDAH PELAKSANAAN

  • Penerima insentif hendaklah menguruskan sendiri semua aktiviti integrasi ternakan dengan sawit.
  • Penerima insentif mestilah merekodkan dan membekalkan data-data yang diperlukan oleh MPOB.
  • Penerima insentif hendaklah bersetuju untuk menjual sebahagian anak ternakan betina kepada MPOB jika diperlukan.
  • Penerima insentif hendaklah memasarkan sendiri hasil dari aktiviti integrasi ternakan ini.



DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN

  • Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan dokumen pemilikan tanah; geran tanah/carian rasmi/carian persendirian bagi lot kebun yang dipohon.

Nota: Salinan fotostat dokumen hendaklah disahkan benar seperti dokumen asal oleh Pegawai TUNAS/Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Kerajaan Gred 27 dan ke atas.


PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai TUNAS di Pejabat TUNAS MPOB yang terdekat dengan kawasan kebun sawit pemohon.


Nota:
1. Kelulusan permohonan untuk skim ini tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan yang disediakan.
2. Sekiranya tiada maklum balas dari MPOB dalam tempoh tiga bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.
3. Keputusan permohonan adalah muktamad.

No comments:

Post a Comment