Thursday 25 August 2016

MPOB MALAYSIA Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITA)








PENDAHULUAN

Industri sawit telah dikenal pasti sebagai Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang boleh meningkatkan pendapatan negara menjelang tahun 2020. Kerajaan sedang berusaha untuk memperkukuhkan lagi industri sawit negara dalam sektor pekebun kecil. Selaras dengan itu, kerajaan menerusi MPOB telah memperkenalkan Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11). Ia bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui penggunaan tanah dan sumber semula jadi yang optimum

OBJEKTIF

  • Menggalakkan pekebun kecil sawit persendirian melaksanakan integrasi tanaman dengan sawit bagi memaksimumkan penggunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang melalui penghasilan bahan makanan.
  • Menjana pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit persendirian khususnya ketika sawit di peringkat pra-matang.
  • Meningkatkan pengeluaran bahan makanan negara.

SKOP BANTUAN


  • Pemberian insentif tunai sebanyak RM 3000/ha untuk tanaman yang sesuai. Had maksimum bantuan ialah 4 ha.
  • Pemberian insentif tunai sebanyak RM 11 000/ha bagi bantuan integrasi tanaman lada hitam. Had maksimum bantuan ialah 2 ha.
  • Penyediaan lawatan khidmat nasihat dan penyeliaan projek.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
  • Pekebun kecil sawit persendirian sahaja dengan hak pemilikan tanah tidak melebihi  40.46 ha dan bukan peserta dari agensi persekutuan atau negeri.
  • Menunjukkan bukti pemilikan atau penguasaan tanah yang sah mengikut undang-undang dan peraturan pihak berkuasa tanah negeri masing-masing.
  • Had minimum keluasan kebun sawit yang layak memohon ialah 0.40 ha.
  • Syarat khusus untuk integrasi lada hitam ialah menanam sawit mengikut sistem tanaman sawit dua baris berkembar. 

SYARAT PELAKSANAAN


  • Pemohon mestilah menandatangani Akujanji dengan MPOB.
  • Pemohon mestilah melaksanakan Amalan Pertanian Baik mengikut Prosedur Operasi Standard MPOB.
  • Bersetuju untuk merekodkan dan membekalkan data-data yang diperlukan oleh MPOB.
  • Umur sawit tidak melebihi tiga tahun bagi penanaman semula atau penanaman baru mengikut sistem segi tiga sama.
  • Pekebun kecil yang menanam sawit mengikut sistem dua baris berkembar layak memohon.
  • Hanya jenis-jenis tanaman yang telah disenaraikan sahaja layak menerima insentif di bawah skim ini.
  • Sekiranya maklumat yang dinyatakan oleh pemohon dalam mana-mana peringkat pelaksanaan skim ini didapati tidak benar atau memberikan apa-apa dokumen palsu, maka permohonan atau penyertaan dalam skim ini boleh ditolak atau kelulusan ditarik balik.
  • MPOB  berhak  meminda,  menambah  atau  membatalkan  mana-mana  syarat  di  atas  pada  bila-bila  masa  tanpa  perlu memaklumkan atau mendapatkan pengesahan daripada pemohon.

KAEDAH PELAKSANAAN

  • Pemohon yang diluluskan hendaklah menguruskan sendiri aktiviti integrasi tanaman dengan sawit.
  • Pemohon boleh melaksanakan integrasi tanaman secara bersendirian atau berkelompok. 
  • Pembayaran insentif akan dilakukan secara berperingkat mengikut kemajuan projek.
  • Pekebun kecil bertanggungjawab memasarkan hasil tanaman mereka sendiri.

DOKUMEN PERMOHONAN YANG DIPERLUKAN

  • Borang permohonan yang diisi lengkap dan ditandatangani.
  • Salinan kad pengenalan.
  • Salinan dokumen pemilikan tanah: geran tanah dan carian rasmi


Nota: 

1.Kelulusan permohonan untuk skim ini tertakluk kepada syarat-syarat dan peruntukan yang disediakan.
2.Sekiranya tiada maklum balas dari MPOB dalam tempoh tiga bulan, permohonan dianggap tidak berjaya.
3.Keputusan permohonan adalah muktamad


No comments:

Post a Comment