Friday 26 January 2018

TERKINI HARGA DUIT LAMA MELONJAK 2018


RM0.50 & RM2.00


          Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969. Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846.



SEJARAH DUIT SYILING

Siri pertama wang syiling sen diperkenalkan pada tahun 1967 dalam peringkat-peringkat nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, disusuli dengan munculnya wang syiling 1 ringgit (yang memakai lambang $ dan merupakan syiling terbesar dalam siri) pada tahun 1971. Walaupun berbeza-beza diameternya, namun hampir semua syiling ini ditempa dengan reka bentuk yang hampir sejajar di muka hadapan dan belakangnya sekali. Muka hadapan syiling ini bergambar Bangunan Parlimen Malaysia serta lambang bintang dan bulan persekutuan yang berasal daripada bendera Malaysia. Semua syiling ini dibuat dengan kupronikel kecuali syiling 1 sen yang asalnya dibuat dengan gangsa pada tahun 1967 hingga 1972, kemudian dengan keluli bersalut tembaga mulai tahun 1973. Syiling 50 sen ialah satu-satunya syiling dalam siri yang menjalani rekaan semula, iaitu pada tahun 1971 apabila sisinya menerima pengubahsuaian kecil supaya tertera tulisan huruf "Bank Negara Malaysia".

Pengeluaran siri sen pertama diberhentikan pada tahun 1989 apabila siri kedua diperkenalkan, namun masih diterima sebagai wang sah pada tahun 2010 walaupun semakin jarang diedarkan sejak keluarnya siri kedua.










SEJARAH DUIT KERTAS

Bank Negara Malaysia mula-mula mengeluarkan wang kertas ringgit Malaysia pada Jun 1967, dengan peringkat-peringkat nilai $1, $5, $10, $50 dand $100, diikuti dengan $1000 pada 2 September 1968. Wang kertas Malaysia sejak dahulu sentiasa mengandungi wajah Tuanku Abdul Rahman, iaitu Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia, serta tandatangan Tun Ismail bin Mohamed Ali, Gabenor pertama Bank Negara Malaysia. Pada 16 Ogos 1972, Bank Negara Malaysia menerima ejaan baru Bahasa Malaysia dalam pencetakan wang kertas sementara reka bentuknya kekal. Wang kertas dengan ejaan baru itu diedarkan bersama yang dengan ejaan lama